IMAN
Apakah Iman itu Sebenarnya Menurut Gereja Katolik
• Gereja mengajarkan bahawa iman itu adalah pemberian atau karunia yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita melalui Roh Kudus.
• Ia merupakan rahmat yang diberikan oleh Allah kepada kita secara percuma.
KGK no: 37-38
Menyatakan bahawa untuk mengetahui Allah dengan akal sahaja manusia mengalami berbagai kesukaran.
Sesungguhnya, dengan dirinya sendiri sahaja ia tidak mampu untuk masuk ke dalam keakraban dengan misteri ilahi.
Maka ia perlu diterangi dengan wahyu Allah, bukan sahaja mengenai perkara-perkara yang melampaui batas kefahamannya, tetapi juga perkara-perkara kebenaran religius dan moral.
KGK No: 50-53, 68-69
• Mengatakan bahawa dalam kebaikan dan kebijaksanaan-Nya Allah berkenan menyatakan diri-Nya.
• Dengan perbuatan dan perkataan, Dia menyatakan diri-Nya dan rencana kebaikan penuh kasih-Nya yang ditetapkannya sejak semula di dalam Kristus.
• Menurut rencana ini, semua orang oleh kuasa Roh Kudus berkongsi di dalam kehidupan ilahi sebagai “anak-anak” angkat di dalam Putera Allah yang tunggal.
KGK No: 54-58, 70-71
Menjelaskan, sejak permulaan, Allah telah menyatakan diri-Nya kepada manusia pertama, Adam dan Hawa, kemudian mengajak mereka membangun hubungan akrab dengan-Nya.
Selepas kejatuhan mereka dalam dosa, Dia tidak menamatkan wahyu-Nya kepada mereka tetapi menjanjikan keselamatan kepada seluruh keturunan mereka.
Selepas air bah, Dia mengadakan perjanjian dengan Nuh, satu perjanjian antara Dia dengan seluruh makhluk hidup.
KGK No: 65-66, 73
• Tahap penuh dan muktamad wahyu Allah disempurnakan di dalam Firman-Nya yang menjadi manusia, yakni Yesus Kristus, perantara yang menggenapi seluruh Wahyu.
• Dia, sebagai Putera Tunggal Allah yang menjadi manusia, adalah Firman Bapa yang sempurna dan muktamad.
• Wahyu kini telah lengkap, walaupun iman Gereja harus secara beransur-ansur memahami maknanya yang sepenuh sepanjang peredaran abad.
KGK No: 74
Allah “menghendaki supaya semua orang diselamatkan dan memperoleh pengetahuan akan kebenaran” (1 Timotius 2:4), iaitu, Yesus Kristus.
Atas sebab ini, Kristus harus diwartakan kepada semua menurut perintah-Nya, “Pergilah, jadikanlah semua bangsa murid-Ku” (Matius 28:19).
Dan ini dilaksanakan melalui Tradisi Apostolik.
KGK. 84, 91, 94, 99
Para Rasul mempercayakan inti iman kepada seluruh Gereja. Syukur kerana pengertian iman umat Allah yang adikudrati (supernatural), dibantu oleh Roh Kudus dan dibimbing oleh Magisterium Gereja; Gereja tidak putus-putus untuk menerima, menyelami secara mendalam dan menghidupinya secara penuh dari anugerah wahyu ilahi.
KGK. 131-133, 141-142
• Kitab Suci memberi sokongan dan tenaga kepada kehidupan Gereja. Bagi anak-anak Gereja, ia adalah sebuah pengesahan iman, makanan bagi jiwa dan mata air bagi kehidupan rohani.
• Kitab Suci adalah jiwa bagi teologi dan pewartaan pastoral. Pemazmur berkata bahawa ia adalah “Pelita bagi kakiku dan terang bagi jalanku” (Mazmur 119:105).
• Oleh itu, Gereja mengesyorkan agar semua sentiasa membaca Kitab Suci kerana “kejahilan terhadap Kitab Suci bermakna juga kejahilan terhadap Kristus” (St. Jerome).